Dedaun Hijau Di Angin Lalu

 


Jangan lupa untuk menonton drama yang diadtasi oleh Novel Karya Manaf Hamzah , Dedaun Hijau Di Angin Lalu yang bakal ditayangkan dalam Slot MegaDrama Astro Ria yang akan mula ditayangkan pada 1 Julai 2024.

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu ini dibintangi Oleh Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad ,Redza Rosli sebagai Assad Effendi ,Kael Noah sebagai Ismadi ,Saidah Kamarudin sebagai Rubiah dan ramai lagi pelakon - pelakon hebat .

Drama Mengisahkan tentang Intan Samad lakonan Harissa Adlynn yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh derita. Tapi agaimanapun terpaksa berkahwin dengan seorang doktor muda, Assad Effendi lakonan Redza Rosli gara-gara satu kejadian malang.

Intan mengimpikan dia bakal menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya namun sebaliknya terjadi. Perasaan dendam dan tidak puas hati Assad tiba-tiba hilang apabila melihat isterinya berterusan dan tetap tabah menghadapi segala perlakuan kasar yang diberikan kepadanya.

Kerana ego Assad, dia masih mahu memendam perasaannya. Kesabaran Intan ada hadnya. Dia melarikan diri dari suaminya. Adakah Assad berjaya mendapatkan hati Intan kembali atau Assad akan hilang Intan selamanya?

Jangan lupa menyaksikan episod penuh drama ini disaluran Astro Ria dalam slot MegaDrama bermula 1 julai 2024 pada pukul 10 malam , Isnin Hingga Kahmis .