Pemeriksaan Suhu Badan dimansuhkan jumaat ini


Menteri Kanan Pertahanan , Dato Sri Hishammuddin hari ini berkata perkara ini dibuat selepas mengambil pandangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )

Mesyuarat Ke -12 Covid 19 hari ini telah menetapkan bahawa SOP pemeriksaan suhu badan dan buku rekod daftar bagi memasuki premis dimansuhkan bermula jumaat ini ( 11/2/2022)

Walaubagaimanapun , pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih lagi diwajibkan lagi seperti biasa kepada individu yang ingin memasuki premis.

Dengan pemansuhan ini , pengusaha premis tidak lagi diwajibkan untuk meletakkan pengimbas suhu dan buku daftar masuk di premis masing-masing.

Kerajaan juga tidak menghalang bagi mana-mana premis untuk meneruskan meletakkan pengimbas suhu dan buku daftar masuk , malah mengalu-alukan jika pemilik premis ingin meneruskan perkara tersebut.

Dato Sri Hishammuddin berkata , pemansuhan ini dilakukan bagi memastikan Negara kita bergerak kehadapan , jadi suhu badan dan buku daftar tidak menjadi pertimbangan kita lagi .

Sumber : Berita Harian