Netizen Bimbang Jika Kerajaan Kembali Laksanakan PKP
Varian baru Covid-19 yang telah dikesan di negara menyebabkan kegusaran sesetengah rakyat kerana bimbang kerajaan akan melaksakan kembali perintah kawalan pergerakan ( PKP ) terutama yang bekerja di perantauan .
Mana tidaknya, hanya tinggal tidak lebih 100 hari lagi bagi umat islam menyambut bulang mulia iaitu bulan Ramadhan yang mana sudah 2 tahun rakyat malaysia tidak dibenarkan untuk pulang kekampung kerana PKP yang dilaksanakan ketika itu .
Negara kita masih lagi bergelut untuk mengatasi wabak berbahaya ini , kes harian kematian juga masih lagi tinggi dan ditambah pula varian baru yang muncul , ia jelas amat mebimbangkan .
Walaupun kadar vaksinasi negara sudah pun melebihi 90% , namun varian terbaru ini dikatakan masih kebal dengan vaksin yang digunakan sekarang ini walaupun sudah menerima dos penggalak .
Netizen mahu kerajaan mengambil langkah secepat mungkin bagi membendung penularan varian terbaru covid-19 , dah berharap kerajaan tidak kembali melaksanakan PKP .
Rakyat Malaysia ketika ini dalam keadaan yang amat sukar yang mana ramai telah kehilangan pekerjaan akibat wabak covid-19 yang melanda sejak tahun 2020 sehingga kini.
Jika PKP terpaksa dilakukan , pihak kerajaan seharusnya mempunyai perancangan yang teliti dan jalan penyelesaian yang bagus bagi menjamin kehidupan golongan bawahan dengan bantuan-bantuan yang memberi manfaat.