Mark Zuckerberg Hilang 7 Bilion USD Dalam Masa Beberapa Jam Akibat Gangguan Facebook
Mark Zuckerberg |
Hanya beberapa jam sahaja , pengasas Facebook Mark Zuckerberg terpaksa menanggung kerugian besar apabila hilang hampir 7 Bilion USD akibat gangguan yang berlaku kepada Facebook .
Facebook , Instagram dan Whatsap adalah media sosial yang sangat besar dan ramai pengguna , dengan ganguan yang berlaku ia memberi impak yang sangat luar biasa kepada Facebook .
Laporan Bloomberg mengatakan , Mark Zuckerberg kehilangan hampir 7 Bilion USD dalam beberapa jam akibat ganguan ini dan telah jatuh dari senarai orang terkaya dunia.
Sejak septermber 2021 , beliau dikatakan telah kehilangan lebih 19 Bilion USD ketika mana saat itu kekayaannya hampir mencapai sebanyak 140 Bilion USD .
Gangguan yang berlaku hari ini menyebabkan saham peribadi beliau turun sebanyak 5% dan 15% sejak september lalu dengan nilai kekayaan sebanyak 120 Bilion USD dan orang ke 5 terkaya dibawah Bill Gates.