Kes Covid-19 Malaysia Indonesia Thailand Sama-Sama Naik
3 Negara Malaysia , Thailand dan Indonesia hari ini terus menunjukkan peningkatan kes positif harian yang membimbangkan .
Indonesia Negara asia tenggara yang mencatatkan jumlah positif harian tertinggi setakat ini dengan data menunjukkan kes harian sebanyak 38,124 .
Manakala Malaysia juga terus menunjukkan peningkatan harian sebanyak 9,180 berbanding semalam hanya 8,858 yang direkodkan.
Negeri Selangor menjadi penyumbang kes harian terbanyak di Malaysia dengan 4,400 manakala Kuala Lumpur 1,271 dan Negeri Sembilan sebanyak 899.
Selain Indonesia , Thailand juga hari ini merekodkan kes positif tertinggi harian dengan mengatasi Malaysia sebanyak 9,276.
Ini menjadikan keseluruhan kes dan kes aktif bagi 3 Negara ini adalah sebanyak ,
- Indonesia 2,455,912 (367,733)
- Malaysia 817,838 (80,665)
- Thailand 317,506 (74,895)
Bagi kes kematian harian kerana covid-19 pula Indonesia mencatatkan sebanyak 871 , Malaysia 77 dan Thailand sebanyak 72 .
Dengan peningkatan kes harian ini jelas amat membimbangkan ketiga-tiga negara dalam menangani pandemik Covid-19 ini dengan varian-varian baru yang lebih ganas dan mudah merebak.
Semoga para petugas kesihatan terus cekal menjalankan tanggungjawab untuk memberi perawatan dan penjagaan kepada semua pesakit-pesakit covid-19 .