|
I-Citra Online |
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan program pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi ( PEMULIH) ,
Dalam program tersebut kerajaan telah memberi peluang kepada ahli bagi mengeluarkan caruman kwsp yang dinamakan i-citra .
Syarat Permohonan I-Citra
- Minimum Baki dalam akaun KWSP RM150
- Pengeluaran Minimum RM50 dan Maximun RM5000
- Baki harus ada RM100 selepas pengeluaran i-citra
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Warganegara atau Penduduk Tetap
Bagi ahli yang ingin membuat permohonan pengeluaran i-citra boleh mengikuti langkah dibawah .
Langkah-langkah Permohonan Online I-Citra
2 :Tekan Pada Borang Permohonan
3 : Masukkan No Kad Pengenalan dan No Telefon Anda
4 : Masukkan No Pengesahan OTP yang dihantar ke No telefeon Anda
5 : Pilih Amaun yang anda ingin keluarkan (maximum RM 5000)
- Anda boleh membuat pengurangan pengeluaran
6 : Semak amaun pengeluaran yang anda inginkan
7 : Semak Detail Peribadi Anda
- Nama
- Kad Pengenalaan
- No Telefon
8 : Kemaskini butiran jika belum diisi atau ada pertukaran
9 : Tekan Ya dan Isi Maklumat Bank Untuk Pengeluaran, pastikan anda
- Mempunyai Akaun Bank
- Akaun Yang Masih Aktif
10 : Pilih jawapan untuk dua soalan yang diberikan sebab-sebab anda ingin mengeluarkan i-citra
11 : Semak kembali detail yang anda masukkan seperti
- Nama
- No Kad Pengenalan
- No Telefon
- Alamat Terkini
- Email
12 : Semak No Akaun Bank dan Tick pada ruangan mengesahkan detail anda dan tick pada Saya bukan robot dan tekan hantar
13 : Tekan pada Terma dan Perakuan , dan baca terma tersebut selepas itu tekan tutup dan tekan hantar sekali lagi
14 : Selesai Permohonan , cetak atau screen shoot sebagai bukti permohonan andan.
Permohona anda akan diproses dalam beberapa hari , jika semuanya lengkap dan anda layak untuk membuat permohonan pengeluaran , pembayaran pertama akan dilakukan pada bulan ogos .
Akaun 2 akan digunakan terlebih dahulu dan jika akaun kedua anda amaun tidak mencukupi , maka akaun 1 akan digunakan .
Jika anda membuat permohonan sebanyak RM5000 , maka bayaran yang anda akan terima ialah RM1000 setiap bulan bermula pada bulan Ogos sehingga Disember .
Segala perubahan tertakluk kepada i-citra KWSP .