Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Dibuka 15 Jun Sehingga 30 Jun
Rayuan BPR 2021 |
Rayuan boleh dibuat melalui secara dalam talian di portal rasmi BPR 2021 LHDN atau menghantar borang rayuan BPR 2021 ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan LHDNM yang berhampiran secara temu janji .
Permohonan rayuan ini hanya layak kepada mereka yang tidak lulus BPR 2021 dan pada yang lulus tetapi ingin membuat perubahan status perkahwinan , perubahan pendapatan gaji dan penambahan anak
Bagi yang ingin menghantar borang rayuan ke cawangan LHDN , anda disarankan membuat sesi temu janji secara talian di portal rasmi BPR 2021 LHDN
Permohonan Rayuan BPR 2021 secara dalam talian pula boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MyBPR dan pilih Permohonan Rayuan. Log masuk MyBPR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada kod tidak lulus yang anda terima sebelum ini .
Semak No kod tidak lulus dan dokumen diperlukan, sila TEKAN SINI
SYARAT KELAYAKAN BPR 2021
Kategori kelayakan bagi Permohonan BPR 2021
1 . Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai
anak; atau
c) Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60
tahun dan ke atas
2. Bujang
a) Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
tidak mempunyai anak; dan
b) Had umur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
Kriteria kelayakan bagi pemohon BPR 2021
Kategori kelayakan bagi Permohonan BPR 2021
1 . Isi Rumah
a) Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
b) Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
c) Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur :
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di
- Institusi Pengajian Awam / Swasta
2 . Bujang
a) Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Semua syarat dan perubahan tertakluk kepada BPR 2021 .