Ramli MS 13 Tahun Duduk Hotel Selepas Bercerai Dengan Isteri Pertama

Ramli MS bersama Diva AA 


Ramli M.S atau nama dikenali sebagai tok ram yang berpewatakan garang dan tegas ini merupakan seorang pengarah muzik dan juri tetap bagi rancangan gegar vaganza terbitan astro .

Sesi temu bual dalam rancangan " laser bertemu laser " disiarkan disaluran astro ria ini dihoskan oleh Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA .

Dalam rancangan sesi temu bual ini yang mana tok ram dijemput sebagai tetamu undangan akan ditanya beberapa soalan panas oleh diva aa .

Salah satu soalan yang ditanya diva aa ialah berkenaan tok ram dikatakan pernah tinggal dihotel selama 13 tahun selepas berlaku perceraian dengan isteri pertama beliau.

Jennifer Thompson Isteri Pertama Tok Ram

Tok ram menjelaskan perkara itu memang benar-benar belaku , terjadi kerana perceraian antara beliau dan isteri pertama. 

Menurut tok ram dalam sesi temu bual tersebut , beliau hanya membawa satu beg ketika keluar dari rumah kerana rumah itu diberikan kepada bekas isteri .

Apa yang melucukan , tok ram mengatakan selama 13 tahun tidak pernah menutup penghawa dingin dan lebih selesa tinggal dihotel kerana dilayan dengan baik ketika memerlukan sesuastu .

Jelasnya lagi , tidak ada sedikit pun perasaan malu dengan perkara tersebut kerana baginya " Malu Bila Datang Rumah Orang Tak Di Jemput Makan. Tapi Kita Makan " itu yang dipanggil malu .

Nabil dan Jihan Pengacara Gegar Vanganza

Soalan lain yang ditanyakan diva aa kepada tok ram ialah berkenaan pengacara gegar vaganza , Nabil Ahmad yang sering berlaku perbalahan mulut dengannya ketika program dijalankan .

Menurut tok ram , dia menganggap nabil sebagai anaknya kerana beliau seorang yang menghormati orang dan suka pelajari sesuatu perkara baru .

Bagi tok ram nabil seorang yang cerdik , cergas dan agresif ketika melakukan sesuatu perkara . Apa yang dikatakan nabil kepadanya dalam gegar vaganza beliau tidak berkecil hati kerana itu hanya sebuah program tv untuk menghiburkan orang. 

Diluar sebaliknya berlaku, nabil adalah seorang yang menghormati, suka membatu orang lain dan sentiasa meminta maaf - Ujar Tok Ram -