Pemain Naturalisasi Tak Mampu Bantu Malaysia Berdepan UAE , Dibelasah 4-0


Pemain naturalisasi Malaysia , Liridon dan De paula tampak gagal membantu pasukan Malaysia ketika berdepan UAE untuk kelayakkan Piala Dunia 2022 bagi kumpulan G apabila ditewaskan dengan jaringan 4 - 0 .

Perlawanan menentang UAE yang berlansung di Zabeel Stadium Dubai itu, Pasukan Malaysia membariskan  kesebelasan utama seperti Farizal sebagai penjaga gawang dan pemain pertahan yang menjadi sebutan ramai Dion Cools .

Kesebelasan Utama Pasukan Malaysia


Kehadiran mereka belum mampu memberikan impak terhadap permainan pasukan Malaysia apabila dari awal wisel separuh masa bermula , pasukan UAE agak selesa mengatur gerakan dengan hantaran pendek.

Hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke 7, apabila percubaan pemain penyerang UAE berjaya ditepis keluar penjaga gawang Farizal Marlias hasil dari kesilapan pemain tengah Malaysia yang gagal mengawal bola dengan kemas .

Pasukan UAE akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke 18 bagi jaringan pertama apabila hantaran dari tengah padang berjaya memerangkap Aidil Zafuan disambut dengan larian dan tampanaan cantik penyerang UAE mudah melambungkan bola ke gawang pasukan Malaysia .

Tandukan de paula tidak tepat ke sasaran


Percubaan Malaysia pada minit ke 42 hasil hantaran cantik Safawi kepada De Paula gagal ditanduk dengan baik apabila bola itu tidak menuju ke arah gawang pasukan UAE , keputusan 1 - 0 kekal sehingga separuh masa pertama .

Separuh masa kedua juga tidak banyak memberi apa-apa perubahan kepada pasukan Malaysia , dengan hanya mampu mengejar bola yang di kawal pasukan UAE .

Malaysia membuat pertukaran pertama pada minit ke 53,  memasukkan Shafiq Ahmad digantikan dengan Azam Azih , ia tampak memberi sedikit tekanan kepada pasukan UAE tapi belum cukup untuk membantu pasukan Malaysia

Luqman masuk menggantikan Safawi Rasid


Dua lagi pertukaran pasukan Malaysia dilakukan pada minit ke 62 dan 69 memasukkan Luqman Hakim , Junior Edstal dengan mengeluarkan Safawi dan Aidil Zafuan .

Baki 10 minit perlawanan untuk berakhir menjadi mimpi buat Pasukan Malaysia apabila kelalaian pemain Malaysia dihukum pasukan UAE dengan berjaya menambah 3 jaringan lagi .

Jaringan kedua UAE dihasilkan pada minit ke 83 ,manakala jaringan ketiga dan empat lagi dijaringkan pada minit kecederaan 91 dan 93 .

Tandukan dion cools ditepis keluar


Pada minit akhir perlawanan Malaysia hampir dapatkan jaringan pertama apabila sepakan sudut Liridon ditanduk Dion Cools tapi berjaya ditepis keluar penjaga gawang UAE

Akhirnya pengadil perlawanan , dari Korea Selantan meniupkan wisel penamat menyaksikan pasukan Malaysia terpaksa akur tewas dengan jaringan 4- 0 .

Farizal menggagalkan percubaan UAE

Pasukan Malaysia seharusnya berterima kasih kepada penjaga gawang malaysia Farizal Marlias apabila bertindak cemerlang dengan berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya pasukan UAE dan mengelakkan dibolosi lebih banyak gol.

Dengan kekalahan kepada UAE, kedudukan pasukan Malaysia kini berada ditangga ke 4 kumpulan G , perlawanan lain kumpulan G menyaksikan Thailand dan Indonesia berkongsi mata apabila seri dengan jaringan dua sama .

Kedudukan Setakat Ini


Perlawanan seterusnya bagi pasukan Malaysia selepas ini akan bertemu dengan pasukan Vietnam 12 Jun dan pasukan Thailand 16 Jun 2021 . Perlawanan akan berlansung pada pukul 12:45 tengah malam dan disiarkan secara langsung di RTM dan Astro Arena .

Rumusan Ape Hal untuk perlawanan Malaysia menentang UAE  , tiada apa perubahan yang menarik untuk diceritakan terutama dengan kemasukan pemain Naturaliasi, persembahan yang ditunjukkan amat mengecewakan . Malah lebih teruk dari pemain tempatan sedia ada .