Total Lockdown Bermula 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021



Perdana Menteri , Tan Sri Dato Muhyiddin Yasin mengumumkan dilaman facebook beliau petang tadi telah memutuskan untuk menutup penuh sektor ekonomi dan sosial ( Total Lockdown ) fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari iaitu bermula pada 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 .

Dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara petang tadi berkata , sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor sektor ekonomi dan dan perkhidmatan perlu yang akan diumumkan  Majlis Keselematan Negara nanti .

Menurut Perdana Menteri , keputusan ini dibuat setelah mengambil kita situasi terkini pandemik COVID-19 negara Malaysia yang mana hari ini menunjukkan kes telah melebihi 8 ribu . Jelas baginya angka ini amat membimbangkan yang mana kes yang masih aktif sebanyak 72,823 .

Hari ini juga mencatat kan kes kematian seramai 61 orang . Menjadikan jumlah kematian di Malaysia ialah sebanyak   2,552 .

Dengan peningkatan kes harian yang mendadak sejak akhir akhir ini , ini memberi kebimbangan kepada kemudahan dan kapasiti Hospital diseluruh negara yang kini agak terhad untuk merawat pesakit pesakit Covid dan pesakit yang lain .

Menurutnya lagi , dengan varian varian baharu yang lebih ganas dan kebolehjangkitan yang tinggi , dan kadar kematian yang tinggi juga telah mempengaruhi keputusan yang telah dibuat Majlis Keselamatan Negara bagi membendung wabak ini .

Perdana Menteri menyatakan, jika penutup sektor ekonomi dan sosial fasa satu ini dapat mengurangkan kes kes harian , Kerajaan akan melakukan  penutup sektor ekonomi bagi fasa kedua dengan memberi kelonggaran kepada sektor sektor ekonomi yang tidak menglibatkan penghimpunan yang ramai dan mematuhi perjarakan fizikal .

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Bagi penutupan sektor ekonomi fasa kedua pula , akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu setelah fasa pertama .

Pada fasa ketiga Perdana Menteri menyatakan , akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP seperti mana yang diberkuat kuasa hari ini yang mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan semua sektor ekonomi dibenarkan . Dengan syarat mengikut segala SOP yang telah ditetapkan Kementerian .

Kerajaan juga akan akan memperincikan bantuan khas kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pakej bantuan ini akan diumumkan dalam masa terdekat .

Kerajaan akan memberi sokongan penuh dan memastikan sistem kesihatan awam Negara ini tidak runtuh dan terjejas dengan meningkatkan kapasiti Hospital di seluruh negara . Pemberian vaksin juga akan dipercepatkan bagi membendung wabak jahat COVID-19 ini .

Semua rakyat Malaysia dinasihati agar terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi setiap SOP yang telah diberikan piha Kementian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara .