Sejuta Slot Tempahan Vaksin AstraZeneca Dibuka
Tepat jam 12 tengah hari ini tempahan temu janji Vaksin Astrazeneca bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas akan dibuka .
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang dikongsikan dilaman rasmi facebook beliau , terdapat sekurang kurangya 1 juta slot yang tersedia untuk sesi tempahan kali ini . Yang mana tempahan kali ini diutamakan kepada mereka yang menetap di negeri Selangor, Johor,Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .
Tan Sri Dr Noor Hisham berkata , tempahan ini adalah berdasarkan “first-come, first-served” .Yang mana anda dinasihati untuk bersedia lebih awal bagi mengelakkan terlepas peluang tempahan temu janji Vaksin Astrazeneca .
Untuk Tempahan Sila ke Laman Web www.vaksincovid.gov.my ( Tempahan Ditutup )
Sebelum mengisi form untuk tempahan temu janji yang akan dibuka nanti , anda dinasihati untuk membaca syarat tempahan yang harus anda patuhi .
BERIKUT SYARAT YANG HARUs ANDA PATUHI
- ANDA MESTILAH BERUMUR LEBIH 18 TAHUN
- SUDAH MENDAFTAR BERSAMA PROGRAM IMUNINASI COVID-19 KEBANGSAAN
- MENETAP DI NEGERI SELANGOR,JOHOR,SARAWAK,PULAU PINANG DAN KUALA LUMPUR
- PASTIKAN NO KAD PENGENALAN ( IC ) DAN ALAMAT MY SEJAHTERA ADALAH TEPAT
*PASTIKAN ANDA MENGETAHUI SEGALA INFORMASI BERKENAAN VAKSIN INI SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN
Kepada anda yang berjaya untuk sesi temu janji Vaksin Astrazeneca nanti , dinasihatkan untuk tepati masa dan datang ke sesi 15 ke 30 minit lebih awal dan sentiasa memahuti SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia .
Setakat semalam 25 Mei 2021 , menerusi laman twitter Vaksin Covid-19 Malaysia menyatakan , jumlah yang sudah menerima suntikan vaksin ialah seramai 2,583,048 dos pertama dan kedua yang mana 1,647,183 sudah melengkapi dos pertama dan 935,865 dos kedua .
Vaksin Covid-19 Malaysia turut berkongsi jumlah pendaftaran diterima setakat ini bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ialah seramai 11,069,418
Sentiasalah menjaga keselamatan diri dengan menggunakan hand sanitizer dan memakai pelitup muka.Mematuhi setiap SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghindari dari terkena jangkitan virus COVID-19 ini .
Kita Jaga Kita.