Neelofa Langgar SOP lagi ?



Satu posting laman sosial Neelofa menjelaskan tentang gambar beliau dan peguam , Zahiril yang tersebar apabila dikatakan menaiki kenderaan yang sama ketika hadir ke balai polis untuk pertuduhan melanggar SOP di makamah Seremban . 

Menurut Neelofa , beliau hanya menumpangkan peguam daripada balai polis ke makamah yang dikatakan hanya bersebelahan dengan makamah yang mana jarak nya lebih kurang 50 meter . Neelofa berkata , peguam beliau hanya tumpang untuk ke makamah kerana kereta beliau diletakkan di ruangan parkir makamah .

Neelofa berkata beliau telah menghubungi pihak IPD Seremban dan dikatakan pihak IPD sudah sedia maklum tentang perkara ini . Menurutnya lagi  beliau ,suami (PU RIZ) dan pemandu pulang ke kuala lumpur dengan menaiki kenderaan berlainan dengan peguam mereka .


Pihak Polis boleh meneliti semula rakaman CCTV ketika mereka menurunkan peguam di kawasan tempat parkir kereta makamah . Neelofa berharap perkara ini tidak diperbesarkan apa yang terjadi dan mengelakkan berlakunya salah faham .

Pelbagai reaksi komen positif dan negatif dilontarkan posting beliau , antara komen-komen 

"Penatnya hidup camni kena perati. Serba serbi kena buat statement jelaskan. Tapi itulah lumrah corak hidup yg berbeza. Semoga terus tabah."

"korang hati2 yer kata2....kt dunia boleh lagi mtk maaf kat dia,dosa sesama manusia kan,kalau x,xpasal2 transferkan pahala free sebagai tebusan atas dosa tu...sori igtkan jer...xperlu nak jd baik utk sampaikan reminder sesama islam... peace no kecam"

"Netizen marah sebab banyak kali dah langgar SOP. Tak kisah la menteri ke, artis ke, org biasa ke, kena la patuh arahan. Kalau kena sekali, elakkan utk ulang. Ni kejap2 timbul isu baru . "

"Moga dipermudahkan urusan nelofa dan suami..banyaknya orang cemburu dengan kehidupan nelofa. Allah uji tanda sayang."

Neelofa sebelum ini hadir ke makamah Seremban untuk pertuduhan dikatakan telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan ( SOP ) atas beberapa pertuduhan . Antaranya gagal mengimbal Aplikasi My Sejahtera atau menulis kehadiran dipremis berkenanaan dan tidak menggunakan pelitup muka  ditempat awam yang telah ditetapkan Kementeria Kesihatan Malaysia ,  manakala suami beliau juga dikenakan pertuduhan yang sama dimana kedua merehak , Neelofa dijamin sebanyak  RM5000 manakala suami RM10000 .