Instafemes Pula Dikatakan Menghina Negeri Johor
Belum reda kontrovesi ibu kepada Selebriti dan Usahawan , Neelofa timbul pula isu panas apabila seorang Instafemes dikatakan telah memuat naik IG Story yang telah menghina Negeri Johor .
Walaupun Story tersebut telah dipadam individu tersebut , namun beliau bernasib malang apabila Story tersebut sempat dirakam follower dan memuat naik kembali video tersebut sehingga menjadi tular .
Dalam video yang berdurasi beberapa saat itu menujukkan beliau sedang merakam satu video yang mana lokasi tidak diketahui , dalam video tersebut beliau telah mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan
" Ooo ada donat tepi jalan seronoknya boleh makan bhai (bukan bhai roti) kalau lapar "
" Mesti orang Johor tak puasakan , macam ba** je Johor ni macam si*L "
Selepas video itu tular , Instafemes yang dikenali sebagai Wanikokrosh tersebut telah memuat naik Permohonan Maaf dilaman instagram beliau , dia ingin meminta maaf kerana video yang telah tular kerana telah menghina Negeri Johor semalam .
Katanya beliau ikhlas untuk meminta maaf kepada seluruh rakyat Johor dan tidak berniat untuk menghina yang mana kata-kata yang dilemparkan itu hanya dengan niat bergurau (kepala hotak kau bergurau)
Sumber : Instragram Wanikokrosh |
Menurut Wanikokrosh , ada individu tidak bertanggunjawab yang telah memuat naik kembali videonya dan telah edit , video tersebut dipotong dibahagian mana dia sedang melemparkan kata-kata penghinaan.
Video tular itu mendapat reaksi ramai dan juga artis menerusi posting permohonan beliau . Aeril Zafrel menurunkan komen agar selepas ini tidak lagi untuk mengukut mana-mana negeri " Kita semua satu malaysia "
Sumber : Instagram |
Caprice juga telah memuat naik satu video memberi nasihat kepada beliau , katanya " Hang Tak ada masalah Hang pergi cari masalah , kita nak lockdown tapi Hang nak cari lockup " dan menyelitkan sedikit jenaka " Lawa ni tak semestinya bijak "
Caprice juga turut menasihati kepada seluruh rakyat malaysia dan Instafemes tersebut agar lebih berhati - hati dan beradap untuk memuat naik status permohonan maaf .
Tunku Abdul Rahman juga telah memuat naik di IG Story beliau agar rakyat johor tidak mengapi-api kan keadaan ini dan memaafkan si pelaku tersebut .
Sumber : Instagram Tunku Abdul Rahman |
Berdiam lebih baik dari membuka aib orang . Walaupun beliau tahu semua rakyat Johor marah dan kecewa dengan tindakan individu tersebut .