Dato Alif Syukri Pula Langgar SOP

Dato alif syukri telah memuat naik satu video dilaman facebook beliau " Alif Syukri Terlajak Laris " hari ini ( 24-5-2021 ) berdurasi 6 minit yang bertajuk " AKU DI PULAU OLEH PEKERJA DI PASAR ". 

Dato alif syukri telah ke salah satu pasar bersama isteri ingin mencari barangan basah dengan hanya menggunakan face shield yang mana pihak Menteri Kanan Keselamatan baru baru ini telah menyatakan bahawa wajib menggunakan pelitup muka walaupun telah memakai face shield .

Dalam video tersebut menunjukkan Dato Alif Syukri jelas telah melanggar Prosedur Operasi Standard ( SOP ) yang mana menunjukkan beliau tidak menggunakan pelitup muka dan telah menaggalkan face shield beliau semasa berada dipasar awam tersebut ketika bertanyakan barangan yang ingin beliau beli. 

Pelbagai reaksi netizen diruangan komen tersebut yang mana mengatakan jelas Dato Alif Syukri telah melanggar Prosedur Operasi Standard ( SOP ) dengan hanya menggunakan face shield dan tidak memakai pelitup muka ketika mencari barang keperluan dipasar berkenaan . 

Ada diantara komen komen berkata Dato Alif Syukri seperti sengaja mencari perhatian dengan sengaja melanggar Prosedur Operasi Standard ( SOP )


Netizen meminta pihak Polis dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan yang tegas dan tidak melengah lengahkan siasatan kepada Dato Alif Syukri yang telah melanggar Prosedur Operasi Standard ( SOP ) tidak memakan pelitup muka dan telah menaggalkan face shield ketika berada dipasar awam tersebut . 

Pelbagai komen dan saranan kepada Dato Alif Syukri dan mahukan pihak berkuasa bertindah pantas dalam hal ini . Antara komen komen netizen di posting beliau ,

"Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) saman tak pakai mask!"

"Tak kire la ko pakai faceshield ke ape ke . Aku tahu segala bapak kompoun ko boleh bayar . Tapi tolong ikot SOP sama ."

"Tak ikot sop..facemask x pakai...cukop la sorang je raja langgar SOP tak perlu kau ikot serta...kalau aku jumpe depan² mmg aku bahasakan cukop².."

"Dah la pakai shield sahaja dato facemask tak pakai,masa bercakap dengan peniaga shield nye boleh pulak di tanggalkan.."

"Dato pakai facemask sekali lah...aduhai...berapa kali KKM nak kena ulang ni"

Baru baru ini Neelofa dipanggil IPD Seremban kerana tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke makamah untuk pertuduhan melanggar Prosedur Operasi Standard ( SOP ) merentas negeri dan tidak mengimbas Aplikasi My Sejahtera ketika berada disalah satu kedai karpet di Nilai Negeri Sembilan .

Mengikut Peraturan yang telah ditetapkan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia , penggunaan pelitup muka diwajibkan walaupun seseorang itu sudah menggunakan face shield atau Berniqab . Kerajaan telah mewajibkan menggunakan pelitup muka di tempat awam mulai Ogos 2020 .

Jika disabitkan bersalah melanggar Prosedur Operasi Standard ( SOP ) , mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10000 jika disabitkan bersalah .

Pihak kerajaan menasihati agar rakyat sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard ( SOP ) demi menjaga keselamatan diri dari dijangkiti virus COVID-19 yang mana negara kita kini telah mencapai angka lebih 6 Ribu sehari .